Sejarah Sekolah




Sejarah Sekolah
         
         Sekolah ini dibuka pada tahun 1955 iaitu menumpang di Sekolah Umum Merlimau. Bermula dengan 40 orang murid dan seorang guru iaitu Tuan Hj Norhashim b. Hj Mohd. Sekolah ini terus mengorak langkah untuk maju ke depan. Pada tahun 1957 sebuah bangunan baru telah dibina. Bangunan tersebut terdiri daripada 12 buah bilik darjah dan sebuah dewan.

         Di atas sebidang tanah yang berkeluasan kira-kira lima ekar, bangunan sekolah ini tersergam indah di sebuah pekan yang lebih dikenali sebagai Pekan Merlimau. Perasmian bangunan sekolah ini telah dilakukan oleh YAB Tun Ghafar Bin Baba. Oleh sebab pertambahan murid di sekolah ini maka sebuah lagi bangunan telah pun dibina pada tahun 1959.Pembangunan sekolah ini berubah wajah sekali lagi apabila pada tahun 1972, bangunan baru 2 tingkat telahpun dibina. Bangunan ini mempunyai 12 bilik, sebuah pejabat dan klinik gigi. Namun masa berlalu begitu pantas pembangunan di sekolah ini terpaksa dimajukan. Justeru itu, pada tahun 2002, bangunan baru 3 tingkat telah didirikan untuk menggantikan bangunan lama dengan bangunan yang baruSepanjang penubuhan sekolah ini namanya telah bertukar sebanyak empat kali.

                           a) Merlimau English School.
                  b) SRJK (Inggeris) Merlimau.
                  c) SRK Merlimau Satu.
                  d) Sekolah Kebangsaan Merlimau Satu.

Barisan Pentadbir Sekolah

Guru Besar yang telah berkhidmat di SK Merlimau (1) ialah :-

         1955 - 1959          Tuan Hj Norhisham b. Hj Mohd
1959 - 1960          Tuan Hj Isa b. Baba
1960 - 1962          En. Chin Yuek Kuen
1962 - 1972          En Vijaya Raj
1972 - 1985          En Chin Peng Lim
1985 - 1986          Tuan Hj Ramli b. Janggi
1986 - 1989          Tuan Hj Esmael b. Abu Bakar
1989 - 1991          En Alias b. Hj Latif
1991 - 1994          En Zakariah b. Mat
1994 - 2000          Pn Rahmah bt Abu
2000 - 2003          En Othman b. Hj Saleh
2003 - 2008          En Ibrahim bin Mokhtar
2008 - 2011          Tuan Hj Abu Zahar bin Md Dam (BKT,PJK)
2011 - kini             Pn Norlailah binti Maeraj                 

               

Misi Sekolah
Menjadikan Sekolah Kebangsaan Merlimau Satu Sekolah Berprestasi Tinggi Menjelang 2015.

Visi Sekolah
Memberi Perkhidmatan Terbaik Kepada Murid Bagi Menjana Kecemerlangan Wawasan Pendidikan Negara.

Majlis Sumbangan & Bersalam-salaman Aidil Fitri 2011

Ceramah Nisfu Syaaban & Majlis Akikah Utk Anak-Anak Yatim

Aktiviti Hari Kemerdekaan

TAZKIRAH ISRAK & MIKRAJ

KEPUTUSAN MEWARNA PPda

LARIAN 1 MURID 1 SUKAN SKM1